PERKHIDMATAN JABATAN PERGIGIAN PEDIATRIK
Kes-kes yang tidak dapat dikendalikan oleh Pegawai Pergigian diatas sebab- sebab yang disenaraikan dibawah , dipertimbangkan untuk rujukan ke Pakar
Pergigian Pediatrik
JENIS-JENIS PERKHIDMATAN PERGIGIAN PEDIATRIK DAN KES YANG
PERLU DIRUJUK.
Pesakit kanak-kanak yang mempunyai masaalah kendalian kelakuan
kerana terlalu kecil atau spastic / Istimewa yang memerlukan rawatan dibawah Bius Am
Pesakit Pediatrik yang memerlukan rawatan Pergigian yang komplek
seperti-
o Rampant karies
o Amelogenesis Imperfecta
o Dentinogenesis imperfecta
o Hypodontia
Pesakit Pediatrik yang memerlukan rawatan pulpa yang komplek
Pesakit Pediatrik yang mengalami trauma pada gigi kekal / susu
Pesakit Pediatrik yang memerlukan rawatan pembedahan oral/ mulut
Pesakit Pediatrik yang mengalami kecederaan/ trauma oro-fasial
Pesakit Pediatrik yang mempunyai masaalah-masaalah Perubatan
Pesakit Pediatrik yang mempunyai masaalah fizikal / mental.
LAIN-LAIN PERKHIDMATAN
Perkhidmatan ‘on-call’
Perkhidmatan ini adalah untuk kes-kes kecemasan ( Pergigian Pediatrik 16
tahun ) sahaja selepas waktu pejabat. Telah beroperasi pada bulan
Ogos 2006. Panggilan pertama adalah pegawai pergigian dan panggilan
kedua , Pakar Pergigian Pediatrik. Kes-kes kecemasan untuk orang dewasa yang memerlukan perhatian Pakar Bedah Mulut akan dirujuk ke Pakar Bedah Mulut HSIJB.
Wad Pergigian
Wad pergigian berada di tingkat 8B berkongsi dengan Unit ENT . Pesakit dewasa dan pediatrik akan diwadkan ke wad 8B yang telah beroperasi pada 16 Jun 2008.
Wad tersebut dilengkapi dengan sebuah kerusi pergigian berteknologi tinggi
Perkhidmatan rawatan Pergigian dibawah Bius Am
Kes-kes Pergigian Pediatrik yang memerlukan rawatan menggunakan Bius Am telah beroperasi pada 10 Januari 2007. Buat permulaan kes-kes Pergigian Pediatrik yang tiada masaalah perubatan diberi keutamaan. Jadual rawatan adalah pada setiap Rabu minggu 2 & 4.
PERKHIDMATAN JABATAN PAKAR BEDAH MULUT
Aktiviti-aktiviti:
1. Rawatan pesakit dalam
2. Rawatan pesakit luar (pesakit yang mempunyai temujanji dan dirujuk oleh pengamal pergigian/perubatan kerajaan atau swasta
3. Pembedahan di Dewan Bedah Utama
Jabatan ini menerima kes-kes rujukan dari Jabatan Kecemasan hospital ini dan juga hospital-hospital daerah seperti Hospital Kota Tinggi dan Hospital Mersing. Kes-kes trauma yang dirujuk adalah pesakit yang mengalami kecederaan maksilofasial yang melibatkan kecederaan pada tisu lembut dan juga tulang rahang.
Kes-kes rujukan dari luar adalah termasuk kes-kes abses muka berpunca dari infeksi pergigian, tumor, sista, gigi terimpak, dento-facial deformity, penyakit kelenjar air liur dan penyakit ’temporo mandibular joint’.
LAIN-LAIN PERKHIDMATAN
Perkhidmatan ‘on-call’
Perkhidmatan ini adalah untuk kes-kes kecemasan yang dirujuk selepas waktu pejabat. Pegawai Pergigian di Jabatan Bedah Mulut dan dari Klinik Pergigian yang berhampiran terlibat dalam melaksanakan tugas ini. Kes-kes yang dirujuk adalah kes-kes dari Jabatan Kecemasan dan juga pesakit dalam Hospital Sultan Ismail.
Wad Pergigian
Wad pergigian berada di tingkat 8B dan mula dibuka pada pertengahan tahun 2008. Wad ini dilengkapi dengan satu unit pergigian yang lengkap untuk memudahkan rawatan dijalankan di wad.
Perkhidmatan rawatan Pergigian dibawah Bius Am
Pembedahan di bawah bius am untuk kes bedah mulut dan maksillofasial telah dimulakan pada bulan Januari 2008. Buat masa ini, sesi pembedahan di bawah dibius am untuk kes elektif hanya dapat dijalankan pada hari Rabu minggu ke tiga setiap bulan. Ini disebabkan kekurangan anggota di Dewan Bedah Utama. Walaubagaimanapun, kes-kes trauma dan yang memerlukan pembedahan segera, ia akan dijalankan di bawah OT “ emergency list”
Tuesday, April 21, 2009
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment